Monday, May 30, 2011

Sean Kingston cedera, jet ski rempuh jambatan

MIAMI 31 Mei – Penyanyi Sean Kingston dilaporkan cedera selepas jet ski yang dinaikinya merempuh sebuah jambatan di Miami.

Menurut akhbar The Miami Herald, Kingston, 21, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dia dan teman wanitanya melanggar Palm Island Bridge.

“Dia kini stabil dan telah dipindahkan dari unit trauma ke ICU,” kata jurucakap penyanyi itu, Joseph Carozza. – AFP

No comments:

MY PICTURES

aDminez