Fadhilat Malam Pertama
Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
Fadhilat Malam Ke-2
Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
Fadhilat Malam Ke-3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
Fadhilat Malam ke-4
Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran
Fadhilat Malam ke-5
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
Fadhilat Malam ke-6
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
Fadhilat Malam Ke-7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
Fadhilat Malam Ke-8
Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
Fadhilat Malam Ke-9
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Fadhilat Malam ke-10
Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
Fadhilat Malam ke-11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
Fadhilat Malam ke-12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
Fadhilat Malam Ke-13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
Fadhilat Malam Ke-14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Fadhilat Malam Ke-15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
--------------------------------------------------------------------------------
Sumber Internet:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...84809/Article/
Tarikh:
03/03/2007
Di bawah tajuk:
Rujuk majlis agama isu solat Tarawih (Berita Harian)
KUALA LUMPUR: Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadan.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.
“Hal berkaitan hadis seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu.
Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat Tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini.
Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007...enyebaran.html
*Sumbernya Berita Harian, tapi dah takde di archive web Berita Harian.
Boleh juga baca artikel di sini:
http://mufti.islam.gov.my/terengganu...d=10&parent=06
No comments:
Post a Comment