Friday, September 21, 2012

KERJA GILA..KERETA WAJA MINYAK RM20=190km

19 SEPT 2012 tarikh yang aku rasa paling getir dalam hidup aku. Balik sahaja kerja malam pukul 8pagi aku meneruskan perjalanan ke stesen minyak petronas di Cyberjaya. Aku menggunakan point kad mesra dalam 2000++ untuk mengisi minyak. Dengan point tersebut aku dapat claim dalam RM20++. Dengan ini aku memulakan kerja gila berbekalkan minyak rm20++ & wang tunai rm20++ semata2 nak tengok anak & bini kesayangan. Aku balik rumah kejap, mandi2 packing baju & terus bergegas gerak balik ke Felda Sri Jaya. Keluar sahaja tol Putrajaya aku membawa kereta dengan perlahan lebih kurang 80km/h. Untuk menjimatkan bajet, aku keluar ikut tol Melaka. Alamak apsal cepat sangat minyak dah E, perjalanan jauh lagi, duit da ler xcukup untuk isi minyak lagi. Dengan bertawakal aku meneruskan perjalan. Dah ler jalan Melaka ni aku bukan tau sangat so bukak ler GPS Sygic kat tipon nih. Aku setkan GPS menghala Tangkak tanpa tol. Dengan hujan yang turun aku meneruskan perjalanan. Tetiba kaki aku terasa basah. Check2 datangnya dari depan tayar, mungkin sebab daun pisang kereta yang tertanggal semalam kot. Aku teruskan perjalanan dengan berpandukan gps. Terasa best pulak sebab aku dapat menikmati keindahan negeri Melaka nih. Sampai satu jalan nih tetiba gps x tunjukkan jalan. Tak tahuler jalan mana sebab memang kawasan kiri kanan pokok2 jer, kereta yang lalu pun satu dua. Sampai satu roundabout, aku dah x tau nak pgi mana, x guna punya Sygic gps nih. Boleh lak dia buat hal time nih. Aku terus jer ikut roundabout pukul 12. Dalam 2km aku rasa x sedap hati, aku patah balik. Dalam hati bengang jer, dah ler minyak E jer nih. Kali nih aku amek roundabout pukul 9. Aku padam gps sygic terus buka gps kesayangan Papago. Baru nampak jalan menuju ker Tangkak. Terasa lega walaupun dalam hati masih gelisah takut enjin mati sebab minyak dah lama E. Alhamdulillah, bersyukur sangat kepada Allah yang maha agung sampai jugak kat pekan Tangkak. Aku teruskan perjalanan lagi 23km ke pekan Bukit Gambir. Sampai kat Bukit Gambir aku isi minyak rm30 menuju Felda Sri Jaya sbb dapat talian hayat dekat akaun bank aku. Serius aku x pernah pergi sejauh ini dengan berbekalkan minyak RM20 untuk perjalanan 190km dan duit tunai RM20. Masa ni baru aku bagitau bini aku on the way balik kg dia. Sampai kat umah aku buat biasa jer. Hingga saat ni bini aku xtau aku buat kerja gila nih. Alhamdulillah kepadamu ya Allah sesungguh hanyamu sahaja dapat mengetahui apa yang aku lalui ini.

No comments:

MY PICTURES

aDminez