Monday, October 15, 2012

KOLEKSI LAWAK



Bosannyer pasal, maka terkumpul ler koleksi lawak yang den cari kat tenet.. Selamat ketawa...

LAWAK KFC
cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah


Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami :: Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah...

LAWAK 2
Pada satu petang , si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki

kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter , kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg
nak
melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?

LAWAK 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ??

LAWAK 4
Tunang Farid , Siti , menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru.. Sebelum tu
awak
mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak , Nanti
awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.......... Benci .........

LAWAK 5
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut
tidak berhenti. Katanya , 'Tak Muat Dah Tok , Kami dah bertiga !!!

LAWAK 6
Ada 3 sekawan bernama Gaduh , Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul : Encik , I nak cari Gaduh.
Polis : Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : .@%

LAWAK 7
Dalam kebun ada bermacam buah , tiba2 kebun tu terbakar; semua buah2an
musnah kecuali 2 buah je yang terselamat.. buah ape ek?
1. buah cempedak = diluar pagar
2. buah keranji = didalam perahu , dah dibawa belayar... jgn marah
haaaa....


MALAM JUMAAT
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama
isterinya , dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat
begini.
Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang

anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi
menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani ,
isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur , nanti saya
tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca
Al-quran" balas Kassim , sambil ke bilik air mengambil wudhuk , setelah
mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk
Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang
membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......


TRAGEDI BULAN POSA
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70 , seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih , anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2 , tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna , kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50 , seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih , anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2 , tapi anda harus membalas budi....

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu , tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki erancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50 , 40.. dan 30 , tidak ada sesiapa pun yang dapat
menangkap
wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap , jika ada orang yang
menyelamatkannya , dia tidak lagi kisah jika terpaksa

tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20 , seorang lelaki
Arab
berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara , wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih , anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa
,
saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)


DON'T DRIVE
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew.. Satu malam tu kawan pompuan ni la , dia baru
jer balik dari party , tak tahu how many glasses dia minum ler tapi
memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately at the same time tu , there was an accident happen a cross

the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and
rushed to the accident scene.

So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne , she just ran off

back to her car and head straight back home in Klang. So the next
morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia ,
"AWAK
PEGI MANA MALAM SEMALAM?"

Pompuan ni pulak jawab , "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi , "BETUL KER "

Pompuan tu jawab , "BETUL ENCIK.. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2 , TANYA LER
NGAN

HOUSEMATE SAYA."

So polis tu kata , "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI , KELUAR JAP"

Lepas tu polis tu tunjuk , "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
tadi balik rumah , dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih
(wira)

cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.

Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


GEAR
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan

pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang , lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin
itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu ,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin: ??


KISAH NEGRO YANG HAUS
Al kisah , Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat
tak de air kat padang pasir.. Sedang die mencari air , terjumpe la die
dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau , oleh sebab kau dah nak KO , aku

akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro tu pun cakap..."Pertama , aku nak jadi putih.. Kedua , aku nak
sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga , aku nak tengok
punggung wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain , Negro tu
jadi................

......mangkuk tandas wanita...


POSMEN
Seorang posmen yang datang menghantar surat .

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje


ISTERI TERSAYANG
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya , dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu , dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
sebuah rumah di Kedah pula , seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas
pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama
itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka
telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti , Sayang.. Abang harap perjalananmu ke
sini
nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

kuang..kuang..kuang.....

karam singh walia - ayat power

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan , tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan , pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang , jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu , menang jadi arang , seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam , lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading , udang harimau mati
meninggalkankulit , manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar , pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14.. Berapa berat mata memandang , berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan , paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi , diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati , ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal , beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya , tak hendak tak apa
23.. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri ,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa , sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi , kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi , kalau tak sudi boleh blah!!

kuang..
kuang..
kuang..


1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga...."

jawapannya kerana :

kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....


2. SENYUM pd orang tua tanda syg.
SENYUM pd kanak2 tanda kasih.
SENYUM pd kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila ,
masih SENYUM lg...mmg sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran..."
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh....
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut..."
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan .......
ahhhhhhh lega rasanya........

5.Aku trpaku dek renungan matamu ,
hatiku tertanya2 , BENARKAH ini?
nafas ku terthn , kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya , "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan , "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa , jika
kegelapan masih
mengelilingimu
maka bayarlah



ORANG ASLI & POLIS
orang asli: selamat pagi tuan
polis: selamat pagi
polis: apa hal
orang asli: saya nak buat repot tuan
polis: fasal apa tu
orang asli: kawan saya di baham harimau
polis: pukul berapa
orang asli: dia tak pukul , terkam
polis: habis?
orang asli: tak habis , tinggal kepala




This is something you won't believe. Read it or you
will regret you
didn't know what happened. Here it goes...

My friend lives in Hougang Ave 8. One evening he went
to town for movie with his friends. He was having a
lot fun before he realized it was getting very late.
He quickly made his way home. It was unusually dark
and creepy that nite. As he was walking , he was
astonished to find an old , creepy-looking street
peddlar telling some books along the road. It gave him
the shivers when he noticed this pale old guy staring
at him.

The old guy said , "Son , why don't you get a book it
will keep you company".
My friend acted brave and thought why not. He had a
look at the old man's collection .... his hair began to
rise up on end when he noticed all the books were
related to the supernatural.

Nonetheless , he found one that was very interesting so
he asked the old man , "How much is this , Uncle?"

The old guy replied , "Well son ... that's an
interesting book it's $25."

My friend was shocked and said "But ... but ... that's
so expensive... "

The old man said nothing but glared at my friend which
freaked him out. He quickly rummaged through his
pockets and found $20. "Tiis-tis... this's all I have"
he said.

The old guy replied , "It's okay , son ... you can've
the book for that price."
As my friend hastily paid for it and made a dash for
home , the old man called out to him and said , "Son ....
whatever happens , don't you ever flip the book to it's
last page ... remember these words ... or you will
regret it!!!!!!!!!!!!!"

Reaching home , he quickly asked his parents , "Dad mom
... are there any new booksellers nearby?"

"Not that we know of ... but we've heard of a creepy
old man that appears only at nite during a full moon
and then disappears just as mysteriously. Nobody knows
who he is , or where he comes from but many have become
victims in his wake.... why son?"

N-nothing ... just asking" , said my Friend and ran
straight to his room.
Nervously , he opened the book and began reading , all
the time remembering the warning the old man had given
him. But after a while , he grew tired and fell asleep.
At midnite , as he was sound asleep in bed , a cold gush
of wind blew in through his bedroom window which
startled him and sent chills down his spine. He looked
at his table and noticed the wind had blown the pages
of the book to its last page!!!!! For awhile , he laid
in bed - frozen in fear , but soon curiosity got the
better of him. He had to know what
was on the last page , since it is already flipped
open. Slowly he got out of bed and carefully picked up
the book. As he glimpsed at the last page , he let out
a blood-curling scream and fainted This is what he
read on the last page ! (scroll down)


AKTA 15
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid
dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika
mereka berdua keluar berdating... Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la... mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."
Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta... Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha
Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa
minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa
inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...
hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya
beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan...
"Abang Hamid.... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan
teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya
menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa
ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan
mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...
"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja"


KISAH 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa ,
dia bertanya: " Doktor , lepas pakai cermin mata nanti , boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu , " jawab doktor. "Oh ,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf , akhirnya boleh juga saya
membaca , " kata lelaki itu dengan riang.


KISAH 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya ,
"Doktor , saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin , tapi
ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah
berbau , dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan
lebih lanjut dari perempuan tua itu... , dan perempuan tua itu
berkata , "Sebenarnya , saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika
berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya
tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2
..Doktor itu menjawab , "Ok , sekarang ambil
pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu
selepas itu , perempuan tua itu kembali."Tuan doktor , "
panggilnya sambil marah-marah , "Saya tak tau pil apa
yang yang doktor beri pada saya , tapi sekarang kentut
saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat
busuk." Doktor itu membalas , "Bagus!!! kita sudah
mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang ,
mari saya periksa telinga makcik."
moral of the story
berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..
walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna
orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..


KISAH 3
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik , Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan , mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin , Shan menangis.)
Amin : Eh , kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


KISAH 4
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar
surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke
dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat
kawan atok , cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi , "Apa bangang
sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


KISAH 5
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu , dia bertanya kepada penjaga
bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding , apabila
tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya
menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya...


SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.


KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.


MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.


TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".


DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh


Memang CINTA itu BUTA
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. "Encik, saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta.
Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut. "saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.
Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu lainnya.
Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.
Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki buta.
Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati,garu sudu ni kat ketiak awak tu."
Isterinya, Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut aja!" kata Yati ,tidak paham. "alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.
Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.
Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...." Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?" Muahahahhahahaha. ...!!! kan cinta itu buta...


PETI AJAIB
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh…."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT


KINCING
Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???


MONYET TERBUANG
Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..

Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat cashier itu kehairanan.. . pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya. .. err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan. . saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".


AWEK NURSE
Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. . Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya....

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan.. . . Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

.
PANDAI ANAK AKU.
Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis


KISAH KAWASAN PERKUBURAN
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"


Tetamu tak diundang..
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan
perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan
bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...


Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi
kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan
harinya jikalau dia datang lagi.


Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan
mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya
bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya..
"Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?"
jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...
"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan
dan beritahu dia supaya menjauhi steri saya!!!"


KISAH PENGEMIS
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....


BIL TELEFON MELAMBUNG...???
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil
semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak
gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya
gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid(Tukang gaji) : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat
bekerja. Sama juga dengan saya.


KUCING
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...


JAGA CIK SALMAH
* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak.. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!! !
* Suami: (Dalam hati)Alamak! !


Perbezaan lelaki ngan perempuan mase lunch time
Bergurau jer, jangan marah arr

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!


UDIN NGAN NENEKNYA
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal.

Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Amat keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung Amat. Pada buah nenas yang kedua, Amat pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian Abu pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, Abu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba Abua ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh Amat pun berjumpa ngan roh Abu. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh Amat. Jawab roh Abu, "Aku nampak Budin keluar dengan membawa buah durian!!"

Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.

Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.

Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.

Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.

Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!


SALAH AJARAN
ceritanye berkisah dahulu kala didalam sebuah perkampungan yg padat dan rapat rapat rumahnye sehingga bunyi kentut jiran sebelah pon boleh didengar....
ditengah kepekatan rumah2 disitu tingllah sekeluarga yg hidup sederhana tapi gumbire selalu bersama seorng anak yg bernama jiman(bukan nama sebenar) masalah jiman ni walaupon dah berumur 4 tahun dia ni tak reti nak kencing sendiri. kalo dia nak kencing dia akn menjerit ibuuuuuuuu jiman nak kencingggggg dengan kuat sekali sampai i kilo meter persegi kuatnyer maka ibu nyer pon cepat2ler bawak jiman pg kencing..... lama kelamaan si ibu dan ayah berasa malu dengn tabiat anak nyer pasal dah jadi umpatan orang2 kampong.....
maka ci ayah yg pintar ni pun berkata kat anaknyer..."Jiman mulai harini kalo nak kencing jiman sebut jiman nak nyanyi ok? jiman pun menganggukan kepale tanda paham....
sejak haritu bergeme geme suare jiman menjerit ibuuuuuuuuuuu jiman nak nyanyiiiiiiiii. sejak dari itu maka tenang lah hati ayah dan ibu jiman dari umpatan2 orng kampung.....
pada suatu hari ayah dan ibu jiman terpakse pulang kekampung kerana sedare terdekat mereke kematian. jadi jiman di hantar le kat umah atoknyerrrr yg tak jauh dari umah jiman.... malam tu hari ujan jiman tidole ngn atok nyer emmmm kerana kesejukan yg sangt jiman rase nak terkencing sangat tetiber jiman jerit atok jiman nak nyanyiiiiiiiiii terkejut ataoknyer dari lena ii iss cucu akuni biar betoll
saba le jiman kalo nak nyanyi siang2karang ler pujuk sang atok dengn manjerrr... tapi jiman berkeras jugrrrr nak nyanyi sampai henghentak2kan kakinyer.... nak nyanyi nak nyanyi nak jugakkkkkkkkk...... terketar jiman nak menyanyi... sedih polk hati ataok melihat cucunyer emmmm camni ler jiman kalo nak nyanyi gak nyani ler pelan2 kat telinge atokkkkkk


MENANTU HANTU
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".


KENAPA AKU PECAT SETIAUSAHA AKU
Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35

dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu.
Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan
mengucapkan dengan penuh sukacita..
"Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang"
Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.
Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat
kalau hari ini aku berulang tahun.

Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka
juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku
berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.

Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku
"Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"

Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada
seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk
pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari
bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah
hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Aku berkata "Wow!", itu adalah perkataan yang luar biasa
yang saya dengar hari ini, mari kita pergi.

Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana
kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi.
Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan
tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata,
Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu
kembali ke pejabat kan ?
"Tidak perlu, saya pikir tidak perlu" jawabku.

Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya.
Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan
tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan
berpakaian seksi sedikit.."
"Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira.

Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan
sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun

Aku hanya duduk terpaku di sana , Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang....


AAAaaaawwWW?
Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu.
Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang?
Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.


KAMU ADALAH ANAKKU
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam.
Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..
"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah.
Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."


KEPUTUSAN SPM
Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.


TELUR GAJAH
Seorang petani yang biasa tinggal di atas gunung, suatu hari turun gunung untuk refreshing. Sesampainya di pantai, dia menemukan buah kelapa.


Karena belum pernah bertemu buah kelapa maka dia bertanya kepada anak kecil yang ada didekatnya : " nak.... apa ini ? "


" ooo.... itu telur gajah pak...." sambil ketawa


"oooooooo........"


Lalu laki-laki tersebut membawa buah tersebut pulang kerumah.
Sesampainya dirumah dia menceritakan kepada keluarganya sekaligus mempersiapkan segala sesuatu untuk penetasan telur gajah tersebut.


Mulailah dia mengerami telur tersebut bergantian dengan istrinya.


Dengan memakai kain pelekat sahaja dia berjongkok diatas telur.


Setelah 1 minggu, anak gadis petani tersebut bertanya pada ayahnya : "
Pak.... ssudah netas belum ? "


" tak tau tuh..... cuba aja kamu pegang.... mungkin saja sudah netas...." jawab si ayah.


Lalu anak tersebut menjulurkan tangannya kedalam sarung ayahnya dan meraba-raba......
" Pak.... sudah pak...., telurnya udah netas...... belalainya sudah ku pegang sama...."


CURIGAI SUAMI
Seorang wanita curiga suaminya, dia menelpon ke rumahnya menggunakan telepon umum. Seorang wanita menjawab teleponnya.

Istri : Halo, siapa ini?
Wanita : Saya pembantu disini.

Istri : Apa? Saya tidak punya pembantu! Saya yang punya rumah!

Wanita : Saya baru bekerja pagi ini, suami puan yang minta saya datang.

Istri : Apa? Lalu dimana suamiku?

Wanita : Sepertinya dia di kamar sedang bercinta dengan perempuan yang saya rasa istrinya.

Istri : SIALAN! Hei kamu mau wang 100 juta? Ambil pistol di laci tembak dua orang yang kamu cakap tadi sekarang juga!

Terdengar suara langkah kaki, dan 2 letusan pistol terdengar keras di telepon.

Wanita : Sudah.. mayatnya mau dikemanakan puan?

Istri : buang saja di kolam renang belakang rumah.

Wanita : Tapi disini tidak ada kolam renang?

Istri : Laaa? Ini bukan nomber telepon 9776876?


DIHUKUM MATI
alkisah adalah seorang penjahat yang tersesat di sebuah pulau terpencil.
dan di pulau itu hiduplah banyak suku yang kejam dan kanibal, kemudian ketika dia berusaha keluar dari pulau itu dia pun tertangkap oleh salah satu suku!


Kerana terlalu takut nya dia pun berteriak minta tolong dan datanglah kepala suku


Kepala suku memberikan dua pilihan:


1. Dihukum mati
2. Dihukum berat tapi setelah itu dilepaskan


Maka dengan spontan sang penjahat memilih pilihan kedua, dan kemudian dia mendapati hukumanya adalah di sodomi oleh 100 lelaki dan dia benar2 mengeluh kesakitan dan tak bisa jalan.


setelah selesai menjalani hukuman maka dia dilepaskan....


namun saat dia lepas dari suku pertama, sialnya dia ditangkap oleh suku pertama dan mendapati pilihan yg sama seperti sebelumnya.


sang petualang pun berpikir, lebih baik aku mati daripada aku harus di sodomi sampai kesakitan dan harga diriku hancur serta kesucianku di injak2.


dengan tegas dia menjawab "saya memilih dihukum mati!!!!"


Maka hukumanya adalah "DISODOMI SAMPAI MATI"


RUMAH TERBAKAR
Di sebuah kedai potong rambut, seorang pemuda sedang dicukur rambutnya.
Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan, "Jabar, rumahmu terbakar. Ayuh cepat ...!!"

Spontan pemuda yang sedang dicukur rambutnya tersebut segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang belum selesai dicukur.
Dia berlari bagaikan orang gila kerana panik. Setelah berlari sepanjang kurang lebih 1 km, tiba-tiba dia berhenti.

"Hey," dia berkata pada dirinya sendiri, "Buat apa aku berlari? Namaku kan bukan Jabar". Adui


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.


2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.


3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.


4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa
kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"


5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.


6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.


7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.


9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.


10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan.
Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.


11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.


ROBOT KESAN BOHONG
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...


"STAFF PENIPU"
Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....

Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat.

Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada
staff ke-9.

Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?

Staff 9:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...

Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...


RUMAH ORANG TUA
Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”


IPOH MALI
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"


BUFDAY ISTERIKU
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


ATUK & NENEK
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."


TNB
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"


NENEK OH NENEK
Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang
mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.
Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."


JAM DINDING
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt... .!!"


AL-KISAH
"Al - Kisahnye......di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven""

No comments:

MY PICTURES

aDminez