Monday, February 24, 2014

TUKAR BATERI WAJA


Proton Waja Automatic Gearbox ECU Learning Procedure:

Seringkali apabila kereta Proton Waja yang menggunakan gearbox automatic diganti bateri baru ataupun bateri sedia ada ditanggal kabel, masaalah yang dihadapi oleh pemandu kenderaan tersebut adalah kereta bergerak tidak lancar.

Sekiranya bateri kereta dikeluarkan atau ditanggal kabel bateri, ECU akan reset kepada parameter yang ditetapkan semasa dikilang. Kereta Waja akan terasa lambat pergerakannya.

Setelah beberapa hari digunakan, barulah pergerakan kereta kembali lancar. Bagi yang tidak sabar, mereka akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk dibuat penalaan.

Walaubagaimanapun terdapat satu cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masaalah tersebut tanpa proses yang menyusahkan. Setelah bateri kereta Proton Waja diganti baru ataupun bateri sedia ada ditanggal kabel , lakukan langkah berikut :

1.Hidupkan enjin kereta Proton Waja
2.Tekan brek
3. Gerakkan gear selector dari P →R→ N→ D→ 3→ 2→ L.
4 .Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.
5. Buat proses ulang alik gear selector tersebut sebanyak 10 kali.
P.........L - 5 kali
L.........P - 5 kali

Proses diatas hanya untuk kereta Proton Waja Automatic enjin Mitsubishi sahaja. Proses tersebut dinamakan Gearbox ECU Learning Procedure

Apabila bateri dikeluarkan, ECU Gearbox akan kehilangan memory sementara. Setelah dipasang bateri, memori ECU Gearbox akan kembali tetapi ECU masih dalam keadaan terpinga-pinga. Justeru itu, ECU perlu di ajar cara untuk beroperasi dengan betul.

Macam budak kecil, perlu di ajar bertatih dahulu sebelum boleh berjalan betul Cara diatas juga boleh dicuba untuk kereta Mitsubishi yang lain dan menggunakan gearbox automatik

Maker : Proton
Model : Proton Waja 1.6 Auto
Enjin : Mitsubishi 4G18P

*Petikan dari laman fb:Master Care. p/s:thanks for info

No comments:

MY PICTURES

aDminez