MUZAFFARABAD, Pakistan 28 Mei - Seramai 35 orang disyaki meninggal dunia selepas sebuah bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pakistani Kashmir hari ini, kata polis.
Kemalangan itu berlaku di kawasan pergunungan di perkampungan Changan, Lembah Neelum, 130 kilometer timur laut Muzaffarabad.
“Bangkai bas yang terlibat dengan kemalangan termasuk mereka yang terkorban tidak dapat dikesan selepas bas itu terjatuh dari jalan di kawasan pergunungan yang tinggi ke dalam sungai yang deras itu,” kata ketua polis tempatan, Mohammad Yaqoob Mughal. - AFP
No comments:
Post a Comment